Thursday, March 6, 2014

Akma Batrisyia Binti Hakimi Dah Bersekolah....

2 Januari 2014

Bermulalah episod baru hidup kakak... Yeaahhh dah start sekolah tadika di usia 5 tahun (tapi sebenarnya umur baru 4 tahun 1 bulan)... Berbagai dugaan terpaksa dilalui start dari hari-hari meraung dahulu baru nak ke sekolah... dah tak meraung... sampai sekolah jer nak muntah-muntah.... dah lepas tu sampai depan pintu sekolah nak "menunaikan hajat" dah tu nak ummi jugak teman... sehinggalah sekarang..alhamdullilah... dah ok... hantar sahaja....

Syukur alhamdullilah... bila masuk bulan ke tiga ini semua dah berjalan lancar.....

Maka dengan rasminya dia adalah pelajar di Tadika Pasti Ibnu Sina.... Ummi & Abah Loves you so much..!

2 Januari 2014 - 1st day at school


2nd Day at School - Dah ada uniform

Di Dalam Bilik Darjah

Muka dah semacam jer

Hari ke 6 ke sekolah... 8 Januari 2014


Alamak dah demam...





5 Mac 2014 - Dah gembira sekarang

Sunday, February 23, 2014

BerKepuk-Kepuk Debu.. 2014 aku Datang

Assalamualaikum wbt....


Tersedar aku dari mimpi yang panjang... setelah aku menjengah sebuah blog, saat aku scroll down terpandang satu blog... Eh itu blog aku..!! Baru aku teringat... rupa-rupanya sudah begitu lama aku tidak meng"UPDATE" blog aku ini sejak lahirnya 2nd Baby.. sudah setahun beb...

Fuhh sibuk sungguh ummi ini yer....

Memang tidak dapat disangkal, sejak ada 2 orang anak ini, life aku agak FULLY PACK... dari subuh sampai la tengah malam. Tetiba teringat kat arwah emak (Al-Fatihah buatmu mak..), macam mana mak boleh uruskan semuanya seorang diri sejak abah meninggal (Al-Fatihah buatmu abah) dari A to Z kami 4 beradik... Mak memang DASAT... terbaiklah....!

TAHUN 2014 / 1435 -1436 H

Alhamdulillah... syukur, aku masih survive tahun ini... 

2014 aku telah berazam untuk membuka lembaran baru bagi aku dan kimieys family... "We need some changes".. ahak's... yup betul.. Mr.H kata tahun ini ummi mesti berjuang untuk dapatkannya.... Mudahan dengan restu dan doa suami tercinta... aku harap Azam 2014 akan dapat dilaksanakan... 

DAN.... salah satu azam aku adalah akan update blog ini selalu.... hopefully....!

Perjalanan hidupku ... buah hati ummi



Wednesday, August 8, 2012

Semakin Jauh Ramadan, Semakin Dekat Syawal, Semakin Rindu Padamu....

Buah Hati Ummi..
Semakin dekat syawal datang... Semakin dekat jugalah Ramadan akan menghilang.. Entah mengapa.. hati ini semakin hari semakin merinduinya... walaupun dia telah lama tiada... mak & abah... walaupun telah lama abah meninggalkan kami, mak pula pergi meninggalkan kami.. aku semakin merinduinya... Saat-saat ramadan ini mengenangkan kembali saat bersahur, bertarawih.. semuanya bagai terkenang-kenang...

Abah & Mak.. ku doakan semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat.... (al-fatihah buatmu)


Tuesday, August 7, 2012

.......... ANNUR BALQIS




SALAM,

WAH, DAH LAMA BEBENOR TAK UPDATE BLOG NIH... SEBAB INILAH INTREST TERBARU....

DIPERKENALKAN.... ANNUR BALQIS.... SHE HAS TURN 8month...

INI LER NYEBABKAN UMI TERSANGAT BUSY....! I LOVE HER... SOOO MUCH

Kakak Akma, cam biasa... Love her sister very Much....
Tengok, Adik dah jadi bantal pelok dier....


Tuesday, May 3, 2011

Sukar Tidur Semasa Hamil

Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.
Kerana disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar, ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang diakhir kehamilan.



Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:
Kaki kejang
Sukar untuk bernafas
Sering buang air kecil diwaktu malam
Bayi yang terlalu aktif, yang sering menendang pada bahagian ibu yang sensitif
Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh bayi yang semakin membesar
Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang
Mengigau lebih dari biasa
Mimpi ngeri yang sukar dilupa
Merasa risau tentang kelahiran yang bakal mendatang
Bimbang tentang bayi samada ia normal atau tidak



Semua ini adalah masalah yang biasa terjadi semasa mengandung



Bagaimana saya boleh mendapat tidur yang selesa?
Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya



Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.



Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.
Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.



Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.
Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalanBerbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.



Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tidak dapat tidur?
Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.



Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.



Banyak wanita yang mendapat menafaat dari senaman ringkas dan mendengan muzik yang menyenangkan. Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.
Sekiranya anda masih tidak dapat tidur, jumpalah doktor yang dapat menolong anda.

Monday, April 25, 2011

I'am Pregnant - 2 months



Wahhh dah lama tak update ni... sejak mebuk kepayang melanda jiwa.....


Ermmm bermula pada 5-6 April lalu aku ada rasa pening pusing2... tak lalu makan.. dan paling ketara... aku masuk ke kantin.. trus nak uwekkkk... ermm konpius gak....


pastu, aku terasa nak makan tomyam... order kat kantin.... makan jer rasa kari.. suap jer rasa kari... uwwekkkk.... thanks to kak ani sbb tolong habiskan..... katanya... aku makan rasa tomyam ja... awat hang makan rasa kari....


so, ok lagi....


next weeknya... aku asik pening ajerrr... perut pn kurang selesa... berangin... hmm camna aku nak buat nih....


then pada 16 april 2011 aku telah memberanikan diri untuk buat.... pregnancy test.... aku beli sehari sebelum tu... pagi-pagi bangun subuh tu.. terus jer aku buat test...


JENG JENG JENG.............. Alhamdullilah... its DOUBLE LINE..... terus aku kejutkan en husband untuk beritahu....


Monday 18 April 2011 aku ke Klinik UTM untuk confirmkan berapa bulan.. and rupanya aku dah 2 bulan (8weeks).... aku bersyukur dengan kurniaan yang tidak aku rancangkan ini.... alhamdullilah...


ermm.. pastu baru aku perasan... akma suka sgt gigit ibu jari kaki... (kata org tua-tua itu tandanya nak adik lagi....) sambil senyum gembira.....


SEKARANG AKU PRENGNANT ANAK KEDUA KAMI....... SYUKUR ALHAMDULLILAH....






Wednesday, April 6, 2011

CERITA DURIAN PLAK

Sapa tengok TV1 semalam, cerita durian kat PERAK tu.. pergghhh...kecur liur beb.... sedapnya.... nih la buat aku semangat nak mencari durian.... kalau dulu2 la.. masa time kecik2 kat kg... musim durian ja... mmg standby... malam bunyi ja gedebukkkk... paksu pi suluh... kadang dapat banyak satu malam... soknya peraih mai beli... kalau bab makan ni, mcm2 la buat.... kira puas la.... tapi bila dah dok KL ni... hmm dah tak merasa la macam tu, nak nak lagi.. org tua dah takda..... semua tu tinggal memori jer....

Pening palo den

Hahhahaha... baru nakbelajar.. macam ni lah pening arrr






Semalam Yang Malap....

tik tok tik tok... tengok2 jam dah pukui 2 pagi........... adoi tak leh nak tido.... sebab perutku sakit.... seperti di hiris2... hmm sian sebabnya... lewat makan... tp akhirnya aku tertidor jugak.. kul 6pg.. alhamdullilah boleh bangun..... kira-kira 4 jam jer la aku tido semalam..... lain kali.... jangan lewat makan..... walau sibuk macam mana pun...........

Tuesday, April 5, 2011

Kenapa Dengan Aku...???

hari ni rasa sangat tidak sihat... simptom yang aku lalui....

  • pening pusing pusing

  • perut berangin

  • pedih ulu hati

  • rasa nak muntah

  • badan menggeletar

  • kaki rasa sejuk

  • mulut pahit

  • badan dah makin lemah

  • jantung berdebar..

kenapa nie...?


Aktiviti hari nih... 5.4.2011

Hahahaha.... dah berkurun rasanya aku tak update blog nih.... maklumla, semenjak dah jadik ibu nih... sibuk jer memanjang.... sampai tak dan nak update2 blog... ntah kena angin apa lak ari nih, ter RAJIN.. mungkin sebab dah ada TOSHIBA 10kg kot.... hahhahaha......


Kelmarin aku EL... (alamak borang cuti blum tulis lagi la...) , tetiba ari ni atas meja ada note kecik.... berbunyik... Pn Arbakyah, hari ni ada kursus ms frontpage pukul 10pg... Alamakkkkk... kena gi kursus la pulak..... surat mana? blum dapat... ades... meja aku ada penuh kerja nak wat nih... camna nih...


dok termenung jap... erm pi sajalah.. demi "ILMU" yang bakal aku dapat.... sampai depan pintu bilik kursus tertera... kursus 5 & 6 hb... alamak lagi... 2hari daaa..... ermm masak la aku...


apa pun demi ilmu.... ku ikut jugak.... hahhahah.. dengan semangat nak dapat SIJIL...hehehheh



so, 2 hari la meja aku akan sepah nyepah dengan kerja..... nasib ler...



@ jam kul 7.15 dah... nak p amik anak... td dia tido lagi....




All about Akma Batrisyia





Sejurus selepas dilahirkan.....

























Sehari....

























4 hari......




























sebulan......























setahun.........

Monday, May 31, 2010

Kursus Pengacaraan Majlis

Hmm... Ni la kursus pertama yang diikuti semasa start kerja kat UTM ni... Nih kat Desaru, Kota Tinggi, Johor... Isk isk isk.. jauhnya rasa dari KL ke sana... Hmm masa ni abah ler drivernya... leh la sambil menyambil honeymoon.... hahahahah




Friday, April 16, 2010

KurSus Induksi.... UTM Skudai, Johor


Aduss Lama sungguh induksi ni.. dari 4 - 24 Disember 2008,

Kesian Abah kena tinggal sorang2.. lama plak tu.. tapi abah masa ni dia balik kedah... Tak la boring sangat kat rumah sorang2... hahahahh...

Tak nak la cita banyak2.. tapi apa pun umi tetap unggul la kat Induksi... Group umi dapat group terbaik. Nama group... SOYUZ... tengok la sendri.....

Monday, March 8, 2010

Aktiviti.... Kursus, Sukan dan Dinner..!!!

Assalamualaikum wbt.... Kembali lagi untuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang pernah umi lakukan sebelum umi disahkan mengandung....

The Journey Begin.....


Assalamualaikum wbt...


Selepas sama-sama bekerja di institusi yang sama, macam-macam aktiviti yang kami lakukan demi untuk mengisi masa lapang. Memandangkan rezeki belum ada, kehidupan kami hanyalah berdua sahaja...


(kat Gunung Senyum, Pahang)








Macam yang ni, aktiviti membersihkan ladang kelapa sawit Tok Jijah... Bersama keluarga..


(Umi & Abg Akil...)












Nie kat rumah
maklong Ida di Perlis.... Ramai.... Tok Jijah & Tok Limah pun ada..





















Dan ada lagi macam-macam aktiviti yang dilakukan... seperti pergi Zoo, Aquaria KLCC, Ladang Ostrich, Memancing kat Empangan Tasoh, Mandi-manda kat Gua Kelam, Pusing-pusing Penang dan sambutan Tahun Baru kat Dataran Merdeka... Tengokla gambar-gambar kat bawah ni...












Sunday, March 7, 2010

Ijab Kabul....

Assalamualaikum.....

Umi dan abah di ijabkabulkan pada 11.3.2007 di kampung umi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang... selepas 8 bulan bertunang. Ia merupakan saat paling bahagia dalam hidup kami berdua, walaupun berbagai rintangan melanda sebelum kami dapat disatukan... kami amat bersyukur yang akhirnya kami dapat bersama juga... Alhamdullilah.....



(kat umah umi...)



(kat umah abah...)



Selepas berkahwin.. umi mengikut abah ke kotaraya kuala lumpur setelah hampir 4 bulan umi berulang alik dari KL ke Penang setiap minggu.. Penantian demi penantian.......

Di Kuala Lumpur.. bermulalah kehidupan kami bersama dari menumpang hinggalah dapat menyewa sendiri... walau apa juga rintangan kami tetap tabah dan sabar bersama, malah kami menjadi lebih akrab dan memahami antara satu sama lain. Akhirnya kami berjaya menjawat jawatan tetap di sektor awam dan sama-sama bertugas di bawah satu institusi......

Di sini bermulalah perjalanan yang lebih mencabar di dalam hidup kami berdua....