Sunday, March 7, 2010

Ijab Kabul....

Assalamualaikum.....

Umi dan abah di ijabkabulkan pada 11.3.2007 di kampung umi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang... selepas 8 bulan bertunang. Ia merupakan saat paling bahagia dalam hidup kami berdua, walaupun berbagai rintangan melanda sebelum kami dapat disatukan... kami amat bersyukur yang akhirnya kami dapat bersama juga... Alhamdullilah.....



(kat umah umi...)



(kat umah abah...)



Selepas berkahwin.. umi mengikut abah ke kotaraya kuala lumpur setelah hampir 4 bulan umi berulang alik dari KL ke Penang setiap minggu.. Penantian demi penantian.......

Di Kuala Lumpur.. bermulalah kehidupan kami bersama dari menumpang hinggalah dapat menyewa sendiri... walau apa juga rintangan kami tetap tabah dan sabar bersama, malah kami menjadi lebih akrab dan memahami antara satu sama lain. Akhirnya kami berjaya menjawat jawatan tetap di sektor awam dan sama-sama bertugas di bawah satu institusi......

Di sini bermulalah perjalanan yang lebih mencabar di dalam hidup kami berdua....

No comments:

Post a Comment