Tuesday, May 3, 2011

Sukar Tidur Semasa Hamil

Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.
Kerana disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar, ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang diakhir kehamilan.



Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:
Kaki kejang
Sukar untuk bernafas
Sering buang air kecil diwaktu malam
Bayi yang terlalu aktif, yang sering menendang pada bahagian ibu yang sensitif
Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh bayi yang semakin membesar
Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang
Mengigau lebih dari biasa
Mimpi ngeri yang sukar dilupa
Merasa risau tentang kelahiran yang bakal mendatang
Bimbang tentang bayi samada ia normal atau tidak



Semua ini adalah masalah yang biasa terjadi semasa mengandung



Bagaimana saya boleh mendapat tidur yang selesa?
Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya



Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.



Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.
Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.



Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.
Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalanBerbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.



Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tidak dapat tidur?
Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.



Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.



Banyak wanita yang mendapat menafaat dari senaman ringkas dan mendengan muzik yang menyenangkan. Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.
Sekiranya anda masih tidak dapat tidur, jumpalah doktor yang dapat menolong anda.

Monday, April 25, 2011

I'am Pregnant - 2 months



Wahhh dah lama tak update ni... sejak mebuk kepayang melanda jiwa.....


Ermmm bermula pada 5-6 April lalu aku ada rasa pening pusing2... tak lalu makan.. dan paling ketara... aku masuk ke kantin.. trus nak uwekkkk... ermm konpius gak....


pastu, aku terasa nak makan tomyam... order kat kantin.... makan jer rasa kari.. suap jer rasa kari... uwwekkkk.... thanks to kak ani sbb tolong habiskan..... katanya... aku makan rasa tomyam ja... awat hang makan rasa kari....


so, ok lagi....


next weeknya... aku asik pening ajerrr... perut pn kurang selesa... berangin... hmm camna aku nak buat nih....


then pada 16 april 2011 aku telah memberanikan diri untuk buat.... pregnancy test.... aku beli sehari sebelum tu... pagi-pagi bangun subuh tu.. terus jer aku buat test...


JENG JENG JENG.............. Alhamdullilah... its DOUBLE LINE..... terus aku kejutkan en husband untuk beritahu....


Monday 18 April 2011 aku ke Klinik UTM untuk confirmkan berapa bulan.. and rupanya aku dah 2 bulan (8weeks).... aku bersyukur dengan kurniaan yang tidak aku rancangkan ini.... alhamdullilah...


ermm.. pastu baru aku perasan... akma suka sgt gigit ibu jari kaki... (kata org tua-tua itu tandanya nak adik lagi....) sambil senyum gembira.....


SEKARANG AKU PRENGNANT ANAK KEDUA KAMI....... SYUKUR ALHAMDULLILAH....






Wednesday, April 6, 2011

CERITA DURIAN PLAK

Sapa tengok TV1 semalam, cerita durian kat PERAK tu.. pergghhh...kecur liur beb.... sedapnya.... nih la buat aku semangat nak mencari durian.... kalau dulu2 la.. masa time kecik2 kat kg... musim durian ja... mmg standby... malam bunyi ja gedebukkkk... paksu pi suluh... kadang dapat banyak satu malam... soknya peraih mai beli... kalau bab makan ni, mcm2 la buat.... kira puas la.... tapi bila dah dok KL ni... hmm dah tak merasa la macam tu, nak nak lagi.. org tua dah takda..... semua tu tinggal memori jer....

Pening palo den

Hahhahaha... baru nakbelajar.. macam ni lah pening arrr






Semalam Yang Malap....

tik tok tik tok... tengok2 jam dah pukui 2 pagi........... adoi tak leh nak tido.... sebab perutku sakit.... seperti di hiris2... hmm sian sebabnya... lewat makan... tp akhirnya aku tertidor jugak.. kul 6pg.. alhamdullilah boleh bangun..... kira-kira 4 jam jer la aku tido semalam..... lain kali.... jangan lewat makan..... walau sibuk macam mana pun...........

Tuesday, April 5, 2011

Kenapa Dengan Aku...???

hari ni rasa sangat tidak sihat... simptom yang aku lalui....

  • pening pusing pusing

  • perut berangin

  • pedih ulu hati

  • rasa nak muntah

  • badan menggeletar

  • kaki rasa sejuk

  • mulut pahit

  • badan dah makin lemah

  • jantung berdebar..

kenapa nie...?


Aktiviti hari nih... 5.4.2011

Hahahaha.... dah berkurun rasanya aku tak update blog nih.... maklumla, semenjak dah jadik ibu nih... sibuk jer memanjang.... sampai tak dan nak update2 blog... ntah kena angin apa lak ari nih, ter RAJIN.. mungkin sebab dah ada TOSHIBA 10kg kot.... hahhahaha......


Kelmarin aku EL... (alamak borang cuti blum tulis lagi la...) , tetiba ari ni atas meja ada note kecik.... berbunyik... Pn Arbakyah, hari ni ada kursus ms frontpage pukul 10pg... Alamakkkkk... kena gi kursus la pulak..... surat mana? blum dapat... ades... meja aku ada penuh kerja nak wat nih... camna nih...


dok termenung jap... erm pi sajalah.. demi "ILMU" yang bakal aku dapat.... sampai depan pintu bilik kursus tertera... kursus 5 & 6 hb... alamak lagi... 2hari daaa..... ermm masak la aku...


apa pun demi ilmu.... ku ikut jugak.... hahhahah.. dengan semangat nak dapat SIJIL...hehehheh



so, 2 hari la meja aku akan sepah nyepah dengan kerja..... nasib ler...



@ jam kul 7.15 dah... nak p amik anak... td dia tido lagi....




All about Akma Batrisyia





Sejurus selepas dilahirkan.....

























Sehari....

























4 hari......




























sebulan......























setahun.........