Monday, March 8, 2010

Aktiviti.... Kursus, Sukan dan Dinner..!!!

Assalamualaikum wbt.... Kembali lagi untuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang pernah umi lakukan sebelum umi disahkan mengandung....

The Journey Begin.....


Assalamualaikum wbt...


Selepas sama-sama bekerja di institusi yang sama, macam-macam aktiviti yang kami lakukan demi untuk mengisi masa lapang. Memandangkan rezeki belum ada, kehidupan kami hanyalah berdua sahaja...


(kat Gunung Senyum, Pahang)








Macam yang ni, aktiviti membersihkan ladang kelapa sawit Tok Jijah... Bersama keluarga..


(Umi & Abg Akil...)












Nie kat rumah
maklong Ida di Perlis.... Ramai.... Tok Jijah & Tok Limah pun ada..





















Dan ada lagi macam-macam aktiviti yang dilakukan... seperti pergi Zoo, Aquaria KLCC, Ladang Ostrich, Memancing kat Empangan Tasoh, Mandi-manda kat Gua Kelam, Pusing-pusing Penang dan sambutan Tahun Baru kat Dataran Merdeka... Tengokla gambar-gambar kat bawah ni...












Sunday, March 7, 2010

Ijab Kabul....

Assalamualaikum.....

Umi dan abah di ijabkabulkan pada 11.3.2007 di kampung umi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang... selepas 8 bulan bertunang. Ia merupakan saat paling bahagia dalam hidup kami berdua, walaupun berbagai rintangan melanda sebelum kami dapat disatukan... kami amat bersyukur yang akhirnya kami dapat bersama juga... Alhamdullilah.....



(kat umah umi...)



(kat umah abah...)



Selepas berkahwin.. umi mengikut abah ke kotaraya kuala lumpur setelah hampir 4 bulan umi berulang alik dari KL ke Penang setiap minggu.. Penantian demi penantian.......

Di Kuala Lumpur.. bermulalah kehidupan kami bersama dari menumpang hinggalah dapat menyewa sendiri... walau apa juga rintangan kami tetap tabah dan sabar bersama, malah kami menjadi lebih akrab dan memahami antara satu sama lain. Akhirnya kami berjaya menjawat jawatan tetap di sektor awam dan sama-sama bertugas di bawah satu institusi......

Di sini bermulalah perjalanan yang lebih mencabar di dalam hidup kami berdua....

Hanya Untukmu

Assalamualaikum.....

Umi membuka blog ini semata-mata buat puteri sulung umi yang sangat umi sayang... Akma Batrisyia....

Segala yang dipaparkan di sini semuanya tentang Akma dan perkembangan dari semasa ke semasa.... supaya suatu hari nanti kita sama-sama akan dapat layari bersama saat-saat manis ini...

Umi & Abah....